Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh oranglain, manakala orang yang mulia ialah mereka yangmemperbaiki diri daripada kritikan orang lain keranamusuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang palingmudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasamerendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernahmengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasamenghormati orang lain.
Happiness came by at
11:56 PM