Jenis Darah Refleksi Peribadi
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri?
Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir didalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan
tekanan. &
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan jugaperlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujurdan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannyadenga cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian ;
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
Happiness came by at
7:25 PM
Kepada pelajar yang mengambil subjek Anatomi dan Fisiologi, sila check kedudukan tempat peperiksaan bagi ujian 2 anda di sini. TQ...
Happiness came by at
5:00 AM
SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU
1428H
SEMOGA TAHUN BARU INI LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA. MOGA MENJADI SEORANG MUKMIN YANG PINTAR SOLEH/SOLEHAH
Happiness came by at
9:19 AM
Kepada semua mentee dan students yang mengambil subjek anatomi dan fisiologi serta diagnostik hematologi, selamat berjuang menghadapi test 2. Do ur best, k
Happiness came by at
8:12 PM
kepada pelajar yang mengambil anatomi sila download
PRA-TEST2 here
Happiness came by at
8:16 AM
Gambar-gambar menarik maser kat JPA3 dulu..huhuhuhu
Happiness came by at
12:04 AM
To all my beloved studentS...read this and think about it for a while, k....
saya suka tengok jari awek saya...cantik betul. . sungguh!
sampai takut nak pegang...bukan takut patah...
tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang forever depan yang maha Esa...
saya suka tengok rambut awek saya...
cantik betol... sungguh!
sebab tu saya belikan tudung... bukan sebab jeles orang lain tgk jugak....
tapi takut nanti terbakar dek api neraka di suatu hari yang forever
Saya suka tgk body awek saya...
cantik betol... sungguh!
sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya.
saya pun tumpang dapat pahala. pheh syoknye...
saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan rindu kat saya...
s aya pun macam tu jugak, ada problem yang sama..
die tanya apa ubatnya?
s aya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...
saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya..
"makan, minum, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah hati bla bla bla bla" katenya..
tapi bila tengok movie sama2 burn asar maghrib gitu aje
die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....
kesimpulannya saya memang sayang dia..
nak jumper die forever.. yang forever punye forever..
di dunia dan akhirat terutamanya,
janji nak share heaven sama2..
bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
dosa sendiri pun infiniti...
nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
Alangkah bestnye kalu dapat pakwe cam gitu kan adik-adik??????
Happiness came by at
1:56 AM
Kepada semua pelajar yang mengambil subjek
Anatomi dan fisiologi, Test 2 masuk
- bab cecair tubuh
- bab tisu peka rangsang
- bab sistem saraf pusat
Ada soalan objektif, subjektif dan soalan esei. Buat molek deh......
Bagi subjek Diagnostik Hematologi III, soalan yang akan masuk test 2 ialah
- Systemic lupus erythromatosus
- Multiple myeloma
- Drug-induced Haemolytic Anaemia
- Aplastic Anaemia
Ada soalan objektif, subjektif dan soalan esei.....
ingat target saya...100% LULUSSSSSSSSSSSSSSSS......
Happiness came by at
2:34 AM
Happiness came by at
5:38 PM
Happiness came by at
12:25 AM
Kelab DTMP telah mengadakan kem pertolongan cemas dengan temanya "Save Your Love Life" di Jabatan Pertahanan Awam, Gong Badak.Sape-saper yang tak pergi tu memang melepaskan peluang keemasanlah, kesimpulannya.....nanti pertolongan cemas di air pulak akan diadakan di Tasik Kenyir pada bulan April nanti..Insyaallah......kat sini saya sertakan sekali gambar-gambar menarik untuk menjeleskan orang yang tak pergi...heheheheh.
farrahaifa berkaraokelah pulak..emmm..boleh tahan suara dier...
mangsa kemalangan jalan raya, sampai tersangkut kat pokok,mr amin, alhamdulillah telah diselamatkan oleh JPA 3....lakunan semata..heheheh..........Ni hah...mangsa-mangsa serangan bom di Bosnia dulu....
Happiness came by at
8:01 PM
Happiness came by at
12:22 AM
Happiness came by at
12:01 AM
NOTA BAB 6-
ANATOMI NOTA BAB 7-
ANATOMI
NOTA BAB 8-
ANATOMI
NOTA BAB 9-
ANATOMINOTA BAB 10-
ANATOMI
NOTA BAB 11-
ANATOMI
NOTA BAB 12- ANATOMI
NOTA BAB 13 -ANATOMI
NOTA BAB 14- ANATOMI no
NOTA BAB 15- ANATOMI
NOTA BAB 16- ANATOMI
Happiness came by at
10:18 PM
Kepada semua pelajar yang mengambil subjek Anatomi dan Fisiologi, anda bolehlah download tugasan anda di sini.
Happiness came by at
5:53 PM
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh oranglain, manakala orang yang mulia ialah mereka yangmemperbaiki diri daripada kritikan orang lain keranamusuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang palingmudah.
Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasamerendahkan diri.
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernahmengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasamenghormati orang lain.
Happiness came by at
11:56 PM
Kepada semua pelajar yang nak tahu result bagi Test 1 boleh lihat disini..
DIAGNOSTIK HEMATOLOGI IIIANATOMI DAN FISIOLOGI
Happiness came by at
9:13 PM
Kepada semua mentee saya, sila semak senarai subjek yang telah anda ambil sepanjang pengajian anda berada di sini.. Sebarang kesilapan sila inform kepada saya.ok..Penting untuk transkrip dan pengiraan jumlah jam kredit anda nanti....
Happiness came by at
8:03 PM
Selamat tahun baru 2007. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini. Tingkatkan azam dan semangat untuk terus berjaya. Pastikan CGPA semester ini lebih baik daripada semester lepas...WISH U ALL THE BEST.....
Happiness came by at
7:25 PM
Kepada para pelajar yang masih belum mendapat aktiviti kalendar yang baru (paling latest) bolehlah download kalendar tersebut di sini...
Happiness came by at
4:56 PM
Final Diagnostik Hema III
SET (A)
Happiness came by at
12:53 AM
Untuk Download Soalan Diagnostik Hematologi III
Sesi Oktober 2005 Prepared By Miss Nurul
Happiness came by at
11:16 PM
Soalan Final 2007 - SUBJEK ANATOMIPrepared By Miss Nurul
Soalan final sebenar
set (A)
Happiness came by at
10:55 PM
Happiness came by at
10:51 PM
JUST TO REMIND U..
Surat amaran akan dikeluarkan kepada para pelajar yang tidak hadir ke kuliah seperti berikut:
- 1st warning letter (amaran pertama): tidak hadir ke kuliah sebanyak 5% daripada keseluruhan kuliah: surat akan dihantar kepada para pelajar
- 2rd warning letter (amaran kedua): tidak hadir ke kuliah sebanyak 10% daripada keseluruhan kuliah: surat akan dihantar kepada para pelajar dan ibu bapa
- 3rd warning letter (amaran ketiga): tidak hadir ke kuliah sebanyak 15% daripada keseluruhan kuliah: surat akan dihantar kepada para pelajar, ibu bapa dan penaja
Happiness came by at
6:00 PM
Selamat datang ke blog nie....
Kepada para pelajar yang mengambil subjek Anatomi dan Fisiologi serta Diagnostik Hematologi III, diharap agar segala nota, latian serta ujian yang terkandung dalam blog ini dapat membantu anda memahami subjek yang dipelajari. sebarang komen juga dialu-alukan. Mahukan pertolongan atau nasihat juga dialu-alukan.....TERIMA KASIH...
Happiness came by at
9:44 PM